PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE
J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd. (hereinafter referred to as “J&T Malaysia”, “We”, “Our”, or “Us”) is committed in protecting the personal information of users (hereinafter also referred to as “user”, “you” or “your”) and will take necessary and relevant measures to safeguard your personal information in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 (PDPA 2010).
This Personal Data Protection Notice (hereinafter referred to as “Notice”) governs the manner in which J&T Malaysia collects, uses, maintains and discloses information collected from the users. This policy only applies to personal information of individuals that are processed for commercial transactions.
Collection of Personal Information
J&T Malaysia does not collect any personal identifiable information when you visit our website (“Site”) or mobile application (“App”) unless you opt to provide that information to J&T Malaysia and/or continue to proceed after being informed or notified by J&T Malaysia that your information will be recorded. The following data that will be collected by J&T Malaysia from you will be including but not limited to name, identification number, email address, phone number, address, bank account information and any other personal data as defined and described under PDPA 2010.
J&T Malaysia will collect data and process data when the user:
- Register online or place an order for any of our products or services.
- Voluntarily complete a customer survey or provide feedback on any of our message boards or via email.
- Use or view our website via your browser’s cookies.
Purpose of Data Collection:
J&T Malaysia will collect the data so that we can:
- To process your requested services;
- To process upon payment transactions, delivery of notice, forms, letters and other documents necessarily required;
- To respond to your enquiries;
- Communications with you and delivery of information by any communication methods including, but not limited to e-mail, telephone calls, facsimile, short message service, social media and other services;
- Any other purposes provided for in our services and/or products offered by us;
- Market survey and trend analysis;
- Prevention, hindrance, reporting of any criminal activities including but not limited to, fraud, bribery and money laundering;
- Compliance to any legal requirements and/or to make any disclosure under the requirements of any applicable law, regulations, directions, court orders, guidelines, circulars, codes which are applicable to us;
- For internal records and maintenance of our user database;
- For company’s credit risk management and credibility worthiness check of its users; and
- To monitor, review and improve the company’s services.
Disclosing User’s Personal Information
J&T Malaysia may disclose the users’ personal information to the following parties (including those located overseas) only for the purposes as stated above:
1. Agents and service providers who provide services relating to the purposes of which the personal information is collected including data processing services;
2. Our third-party service providers as we deem necessary or appropriate;
3. Any person, who is under a duty of confidentiality with J&T Malaysia and who has undertaken the responsibility to keep such information confidential; and
4. Bank, financial institution, insurance companies, land authorities, Malaysian Inland Revenue Board, Companies Commission of Malaysia, and court of laws.
J&T Malaysia will not disclose the user’s personal information to unaffiliated third parties without the user’s consents unless such personal information is required by law or in good faith and such action is necessary to comply with any law enforcement agency requirements, court orders or legal processes.
In addition, J&T Malaysia will not sell, trade or rent users’ personal information to others.
Retention
Any personal data supplied by you will be retained by J&T Malaysia as long as it is necessary and expedient for the fulfilment of any purpose as stated above pursuant to our internal practices, regulatory requirements, legal and accounting requirements.
Your Obligations
It is your obligation to supply your personal data to us in the most accurate manner. If you do not provide us with your personal data, we are unable to, process your personal data on your behalf, for the purposes stated in this Notice, or effectively render our services to you and all relationships created or to be created between us shall then be terminated and ceased to be in effect immediately.
If you do not wish for your personal data to be collected via cookies on this website, you may deactivate cookies by adjusting your internet browser settings to disable, block or deactivate cookies, by deleting your browsing history and clearing the cache from your internet browser.
Your Data Protection Rights
J&T Malaysia would like to make sure that you are fully aware of your data protection rights. Every user is entitled to the following rights:
a. Right to request access to personal data
Subject to a payment of small fee, you are entitled to request access to your personal data that is processed by us with reasonable notice.
b. Right to request correction of personal data
You are entitled to request the correction of your personal data that is held by that is inaccurate, incomplete or out-of-date with reasonable notice.
c. Right to Erasure
You have the right to request J&T Malaysia to erase your personal data under certain conditions.
d. Right to restrict processing
You are entitled to limit our processing of your personal data by expressly withdrawing in full your consent given previously including for us to send any advertising and marketing materials or for direct marketing purposes subject to any applicable legal restrictions, contractual conditions and within a reasonable time period.
e. The right to object to processing
You have the right to object to J&T Malaysia’s processing of your personal data, under certain conditions.
f. The right to data portability
You have the right to request J&T Malaysia to transfer the data that we have collected to another organisation, or directly to you, under certain conditions.
Changes to this Notice
J&T Malaysia reserves the right to amend or update this Notice at any time to reflect changes in the law, our business practices, processes or structure. Upon the update or amendment, J&T Malaysia will post a notification on the site or in the app and revise the updated date accordingly. The user acknowledges and agrees that it is the user’s responsibility to review this Notice periodically and be aware of future modifications. By continuing to communicate with J&T Malaysia or by continuing to use J&T Malaysia’s services following the modifications, updates or amendments to this Notice, it shall signify your acceptance of such modifications, updates or amendments.
This Notice is provided in both English and Bahasa Malaysia. In case of any inconsistencies between these two, the English version shall prevail.
(Last updated 27 January 2021)
Notis Perlindungan Data Peribadi
J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai “J&T Malaysia”, “kami”) bertekad untuk melindungi data peribadi pengguna (selepas ini juga disebut sebagai “anda”) dan akan mengambil langkah-langkah yang relevan untuk melindungi data peribadi anda berikutan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010).
Notis Perlindungan Data Peribadi (“selepas ini juga dirujuk sebagai “Notis”) ini meliputi cara-cara J&T Malaysia dalam pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, dan pendedahan data peribadi yang dikumpulkan daripada pengguna. Polisi ini hanya terpakai untuk maklumat peribadi individu yang diproses untuk transaksi komersial.
Pengumpulan Maklumat Peribadi
J&T Malaysia tidak akan mengumpulkan sebarang maklumat peribadi semasa anda melayari laman sesawang kami (“laman”) atau aplikasi mudah alih (“Aplikasi”) melainkan anda memilih untuk memberikan maklumat tersebut kepada J&T Malaysia dan/atau terus meneruskannya setelah diberitahu oleh J&T Malaysia bahawa maklumat pelanggan tertentu akan direkodkan. Maklumat peribadi yang akan dikumpulkan oleh J&T Malaysia termasuk tetapi terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, nombor telefon, alamat, maklumat akaun bank dan data peribadi lain seperti yang tersenarai dalam PDPA 2010.
J&T Malaysia akan mengumpul dan memproses data peribadi apabila pengguna:
- Mendaftar online atau membuat pesanan untuk produk atau perkhidmatan;
- Secara sukarela menyelesaikan soal selidik atau membuat maklum balas melalui mesej atau e-mel;
- Menggunakan atau melayari laman kami melalui cookies dalam pelayar internet anda.
Tujuan Pengumpulan Data:
J&T Malaysia akan mengumpulkan maklumat anda supaya kami dapat:
a. memproses perkhidmatan yang diingini oleh anda;
b. memproses transaksi pembayaran, penghantaran notis, borang, surat dan dokumen lain yang diperlukan;
c. menjawab pertanyaan anda;
d. berkomunikasi dengan anda dan penyampaian maklumat dengan kaedah komunikasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada e-mel, penggilan telefon, faksimili, perkhidmatan pesanan ringkas, sosial media dan perkhidmatan lain;
e. untuk tujuan lain bagi perkhidmatan dan/atau produk yang kami menawarkan kepada anda;
f. Tinjauan pasaran dan analisis trend;
g. Pencegahan, halangan, pelaporan kegiatan jenayah termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, rasuah dan penggubahan wang haram;
h. Mematuhi apa-apa syarat undang-undang dan/atau untuk membuat pendedahan di bawah kehendak undang-undang, peraturan, arahan, perintah, panduan, pekeliling atau kod sepertimana yang terpakai;
i. Untuk rekod dalaman dan penyelenggaraan pangkalan data pengguna kami;
j. Untuk pengurusan risiko kredit dan kelayakan kredibiliti pengguna;
k. Untuk memantau, mangkaji dan meningkatkan perkhidmatan syarikat.
Pendedahan Maklumat Peribadi Pengguna
J&T Malaysia mungkin akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak (termasuk pihak yang berada di luar negara) yang tersenarai di bawah:
1. Ejen dan penyedia perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan pengumpulan maklumat peribadi termasuk perkhidmatan pemprosesan data;
2. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang kami fikirkan perlu atau sesuai;
3. Mana-mana pihak yang berada di bawah kewajipan kerahsiaan dengan J&T Malaysia dan yang telah memikul tanggungjawab untuk merahsiakan maklumat tersebut; dan
4. Bank, institusi kewangan, syarikat insurans, pihak berkuasa tanah, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan mahkamah.
J&T Malaysia tidak akan mendedahkan data peribadi pengguna kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapat persetujuan daripada pengguna melainkan maklumat peribadi tersebut diperlukan oleh undang-undang atau dengan itikad baik dan tindakan sedemikian diperlukan untuk mematuhi mana-mana keperluan agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau prosedur perundangan.
Tambahan pula, J&T Malaysia berjanji tidak akan menjual, memperdagangkan atau menyewa maklumat peribadi pengguna kepada orang lain.
Penyimpanan
Sebarang data peribadi yang dibekalkan oleh anda akan disimpan oleh J&T Mlaaysia selagi ianya adalah perlu dan suai manfaat untuk memenuhi tujuan yang tersenarai di atas selaras dengan amalan dalaman kami, keperluan peraturan, keperluan undang-undang dan perakaunan.
Tanggungjawab Anda
Anda adalah bertanggungjawab untuk memberikan data peribadi anda yang betul kepada kami. Sekiranya anda tidak membekalkan maklumat peribadi anda, kami tidak dapat memproseskan data peribadi bagi tujuan yang tersenarai di Notis ini, atau tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada anda dan segala hubungan yang telah dijalin atau bakal dijalin antara kami akan ditamatkan dan tidak akan berkuatkuasa serta merta.
Sekiranya anda tidak ingin data peribadi anda dikumpulkan malalui “cookies” di laman sesawang ini, anda boleh menyahaktifkan “cookies” dengan membetulkan tetapan penyemak imbas internet anda untuk menghalang, menyekat atau menyahaktifkan “cookies”, dengan menghapus sejarah penyemakan imbas anda dan membersihkan cache dari penyemak imbas internet anda.
Hak Perlindungan Data peribadi Anda
J&T Malaysia ingin memastikan anda bahawa anda mengetahui sepenuhnya hak perlindungan data anda. Semua pengguna adalah berhak mendapat hak berikut:
a. Hak untuk meminta akses ke data peribadi
Anda berhak meminta akses ke data paribadi anda yang diproses oleh kami dengan notis pemberitahuan yang munasabah, tertakluk kepada sedikit pembayaran.
b. Hak untuk meminta pembetulan data peribadi
Anda berhak meminta pembetulan data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau data yang lupus dengan memberikan notis yang munasabah.
c. Hak untuk menghapus
Anda berhak meminta J&T Malaysia untuk menghapus data peribadi anda dalam keadaan tertentu.
d. Hak untuk menyekat pemprosesan
Anda berhak mengehadkan pemprosesan data peribadi anda dengan menarik balik secara jelas persetujuan anda yang diberikan sebelumnya termasuk untuk kami menghantar sebarang bahan iklan dan pemasaran atau untuk tujuan pemasaran langsung tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang, syarat kontrak dan dalam jangka masa yang munasabah.
e. Hak untuk membantah pemprosesan
Anda berhak untuk membantah J&T Malaysia untuk memproses data peribadi anda dalam keadaan tertentu.
f. Hak untuk pengalihan data
Anda berhak meminta J&T Malaysia untuk memindahkan data yang telah kami kumpulkan ke organisasi lain, atau kepada anda secara langsung, dalam keadaan tertentu.
Pindaan pada Notis ini
J&T Malaysia berhak untuk mengubah atau mengemaskini Notis ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan perubahan dalam segi undang-undang, amalan, proses atau struktur perniagaan kami. Selepas kemaskini atau pindaan telah dibuat, J&T Malaysia akan membuat pemberitahuan di laman web atau dalam aplikasi dan menyemak tarikh yang dikemaskini dengan sewajarnya. Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa ia adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyemak Notis ini dari semasa ke semasa supaya boleh mengetahui tentang sebarang perubahan pada masa depan. Dengan terus berkomunikasi dengan J&T Malaysia atau dengan terus menggunakan perkhidmatan J&T Malaysia berikutan dengan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, pengguna adalah dianggap sebagai penerimaan terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.
Notis ini disediakan dalam kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya berlaku percanggahan di antara kedua-duanya, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
(Dikemaskini pada 27 Januari 2021)